Isnin, 1 Oktober 2012

Rindu..


Setelah sekian lama saya tinggalkan, tiba2 datang perasaan rindu nak berblog. Rindu nak masukkan segala macam resepi yang pernah saya cuba, rindu nak bercerita kisah2 harian kami sekeluarga, pendek kata rindu semua. Alangkah bagus kalau perasaan seperti ini datang setiap hari, pasti saya tidak akan kehilangan resepi2 yang ohsem yang pernah saya cuba. Tapi sayang... perasaan ini datang sesekali sahaja.

Ahli keluarga masih sama seperti dahulu. Tak ada penambahan walaupon sekian lama kami berusaha. Mungkin sudah ini rezeki yang Allah berikan buat kami, Alhamdulillah. Tapi saya akan terus berusaha tanpa putus asa, semoga Allah kurniakan kami zuriat lagi, kurniakan Mimie seorang adik. Kadang2 kesian dgn Mimie, sesekala berjumpa dgn kazennya terpancar kegembiraan di wajahnya. Mungkin dia sunyi, main seorang diri dalam rumah nie. Sekarang Mimie dah darjah 1, dah 7 tahun anak mama. Mama doakan Mimie berjaya cemerlang dunia akhirat, jadi anak solehah. 

Tidak berjanji tapi saya akan cuba update blog bila berkelapangan. Mungkin bukan utk tatapan org lain tapi untuk duri sendiri. Rasa agak rugi sbb banyak resepi saya tak update. InsyaAllah, jika diberi keizinan oleh-Nya saya akan tempek resepi2 yg pernah dicuba. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan