Lihat bunnya, gebu kan...
Roti atau bun yang amat gebus nie saya dapat dari blog Jintan Manis, mintak izin copy paste ye. Tengok blog nie mmg teruja btol tol tgk roti yg dihasilkan, semua gebus2. Amat la berpuashati dgn resepi nie, pasti saya akan buat berulang kali. Anak siap mintak byk kali utk bawak bekal ke sekolah.
Yang nie atasnya saya letak mayonis...
Roti Sosej MiniSumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com
Bahan-bahanya ( untuk doh roti)
300gram tepung roti
80gram tepung gandum
1 sudu besar susu tepung@skim milk
3 sudu besar gula + 1/2 sudu kecil garam
1 biji telur ( tinggalkan sedikit untuk gliss pada roti nanti) (sapu ngan butter je)
1 1/2 sudu besar butter@marjerin
150ml susu suam@air suam
2 sudu kecil yis
2 sudu besar water roux (saya takde water roux so gantikan dgn 1/2 sudu kecik bread softener + 1/2 sudu kecil bread improver)
* untuk gliss dan topping*
baki telur+2 sudu besar susu segar@air +beberapa titik madu serta sedikit bijan goreng (sapu butter je)
*untuk Inti roti*
beberapa batang sosej yang telah direbus kemdian dipotong kecil
Cara-caranya ( Doh Roti)
1. Buat doh roti, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan Doh dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.
2. Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh di dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan, Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 8 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.
3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap atau kain bersih dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin.
4. Bahagi doh pada beberapa bebola kecil, biarkan seketika lebih kurang 7 atau 8 minit baru dibentukkan mengikut bentuk yang digemari, ros bentukan pintal, bulat-bulatkan letakkan sosej, setelah dibentuk, susun di atas loyang atau dulang pembakar, biarkan naik dua kali ganda dan gliss permukaan bun dan tabur dengan bijan goreng, bakar pada suhu 180 darjah selama 16-18 minit atau sehingga permukaan bun perang.
5. Sejukkan atas redai, dan simpan di atas bekas bertutup bagi mengekalkan kelembutan nya. Selamat Mencuba.
Yang nie lak gambar ambik dr hp, kurang clear.. saje nak tunjuk inti mini sosej tu :)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan