Ahad, 24 April 2011

Strawberry Cheese Cakes untuk birthday hasben..

22hb April lepas adalah ulangtahun kelahiran suami saya yang ke 32 tahun. Oohhh... dah tua rupanya suami saya yer. Hihihihi... Untuk kali nie, saya cuba buat sedikit kelainan. Saya cuba buat kek sendiri. Nie sambutan hanya bersama anak sahaja so takde la risau sangat kek tak jadi ke apa. Disamping itu saya nak suami lebih menghargai yang saya bersungguh-sungguh cuba buat kek untuk birthday dia kali nie. Wahai suamiku.. saya sayangkan kamu teramatlah sangat. Hahahaha... jiwang le plak. Tidak semua orang sempurna di muka bumi ini...Alhamdulillah saya dikurniakan seorang suami yang baik dan saya amat menghargai anugerah ini... syukur Ya Allah.

Resepi Strawberry Cheese Cakes

Bahan bahan  untuk cream cheese :
  • 250 gram Philadelphia cream cheese
  • 5 sudu besar susu pekat manis (klu kurang manis boleh lebihkan)
  • 3 sudu besar gelatin Halalgel-masak dalam 20ml air hingga larut
  • 300 gram yogurt jenama Nestle perisa strawberry
  • 1 cawan whipping cream
  • 1 sudu kecil parutan lemon
  • 1 sudu besar jus lemon
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • Strawberry untuk hiasan
Bahan bahan untuk topping :
  • 1 bungkus jelly kristak jenama Nona perisa strawberry
  • 3 sudu besar pes/sos strawberry
Bahan bahan untuk Base :
  • 100 gram serbuk almond jenama Nona
  • 100 gram biskut Chipsmore (kisar halus)
  • 1/2 cawan butter (cairkan)
Cara cara :
  1. Untuk base-campurkan serbuk almond dan biskut chipsmore yang terlah dikisar ke dalam bekas dan tuangkan butter yang telah dicairkan. Pastikan biskut lembab dan boleh dikepal.
  2. Sapukan sedikit butter dalam loyang dan masukkankan adunan biskut tadi dan tekankan adunan dalam loyang sehingga padat dan rata. kemudian simpan dalam peti sejuk selama lebih kurang 3 jam.
  3. Untuk cream cheese- pukul cream cheese hingga kembang. (saya blend je)
  4. Kemudian masukkan bahan lain dan pukul hingga rata.
  5. Tuang adunan dalam loyang dan simpan dalam peti sejuk selama 4 jam
  6. Untuk Topping-masak jelly dengan 100ml air hingga larut.
  7. kemudian masukkan pes strawberry dan sejukkan pada suhu bilik.
  8. Bila dah sejuk tuangkan dalam loyang strawberry cheese tadi yang telah disejukkan 4 jam td.
  9. Sejukkan lagi dalam peti sejuk dalam peti sejuk lebih kurang 2 jam baru boleh dimakan.

Hadiah dari saya untuk suami tersayang kali ini, perfume jenama Carolina Herrera.
Saya tau dia hampir kehabisan perfume tu sebab saya pilih hadiah ni dan saya amat menyukai baunya..

Puding Peach

Hari nie adik dan anak buah saya datang rumah. Terpikir ape nak buat, tgk ade stok agar2 dan buah peach dalam tin. Hmmm... buat puding sedap jugak nie kan. So tanpa berlengah saya terus buat puding peach nie sebelom saya masak tengahari kira2 pukul 10 gitu. Hasilnya petang saya dah boleh makan. Bila dah sejuk saya terus simpan dalam peti ais... sedap makan sejuk2 nie. Oleh kerana nak hasil yang sedap dan tak keras sangat, akhirnya puding saya nie agak lembik dah hanya sesuai dimakan dengan sudu. Hahahahha... tu la, lenkali ikut sukatan yer. Kan dan terlembik..

Resepi Puding Peach
Bahan bahan :
  • 1 bungkus agar-agar (tak ingat pakai brand apa tapi yang bungkus kecik panjang tu)
  • 700 ml air
  • Gula secukup rasa
  • 1 tin buah peach (asingkan air dan buahnya, then buah tu potong dadu)
  • 1 sudu besar esen vanila
  • 1/2 sudu kecil esen rose
  • 1 tin susu cair
  • 2 sudu besar tepung kastad (bancuh dengan sedikit air)
Cara cara :
  1. Masak agar-agar, gula dan air hingga larut.
  2. Kemudian masukkan air dari buah peach, esen vanila, esen rose, tepung kastad yg telah dibancuh dan susu cair.
  3. Susun buah peach dalam bekas/loyang
  4. Masukkan agar-agar yang dimasak tadi ke dalam bekas/loyang
  5. Sejukkan

Ikan Sembilang Goreng Sambal Berserai..

Menu ni saya masak ikut permintaan suami saya yang mahukan masakan yang sama seperti ibu saya masak. Berpeluh jugak nak buat sbb nak yang sama dan hasilnya memang saya gagal untuk masak seperti yang ibu saya masak. Walaupon suami saya kata hampir sama tapi air tangan ibu saya mmg yg terhebat. Ikan nie hasil dari tangkapan suami saya turun sungai area Bagan Datuk hari tu, sedap la ikan sungai fresh nie.. manis menjilat jari. Jangan terkejut ye semua bila tengok hasil masakan nie, memang cili dan serai tu ditumbuk kasar. Hihihi.. takot org kata pemalasnya le yang masak nie, tumbuk kemain kasar yer. Malas nak tumbuk ke apa. Nak buat sambal nie memang tak boleh pakai blender, nanti rasa larik.. Hehehehe...

Resepi Ikan Sembilang Goreng Sambal Berserai

Bahan bahan :
  • 1/2 kg ikan sembilang
  • Segenggam cili kering-ditumbuk (gunting kecil2 dan buang bijinya kemudian rebus atau rendam dalam air panas untuk memudahkan proses menumbuk)
  • 4 batang serai- ditumbuk (hiris halus untuk memudahkan proses menumbuk)
  • 1 cm halia-ditumbuk
  • 5 ulas bawang merah-ditumbuk
  • 2 ulas bawang putih-ditumbuk
  • 2 cm belacan-ditumbuk
  • Asam jawa secukup rasa
  • Gula dan garam secukup rasa
  • Minyak untuk menggoreng dan menumis
Cara cara :
  1. Goreng ikan sembilang hingga garing
  2. Tumis bahan yang ditumbuk hingga garing
  3. Masukkan gula, garam dan air asam jawa secukup rasa
  4. Masukkan ikan yang telah digoreng tadi, gaul rata dan tutup api.

Isnin, 18 April 2011

Ayam Goreng Kunyit..



Nyum..nyum... antara resepi feberet saya. Oleh kerana amat menggemari nasi ayam/sotong goreng kunyit di Food Court BSKL berhampiran tempat kerja saya memaksa saya mencari dan mencuba resepi nie. Walaupon tak sama tapi rasa yang saya buat nie tak menghampakan. Kena plak makan dengan nasi panas, fuhhhh... boleh bertambah2 nasi dibuatnya. Mari kita tengok resepinya yaaa...



Resepi Ayam Goreng Kunyit

Bahan bahan :
  • 400 gram dada ayam - potong dadu tapi agak besar sikit.
  • 3 tangkai kacang panjang - patah2kan
  • 1/2 biji carrot - potong panjang2 mcm batang mancis
  • 1 biji bawang besar jenis holland - potong panjang bukan bulat tau.
  • 2 ulas bawang putih (ketuk dan hiris halus)
  • 1 biji cili besar
  • 4 biji cili padi (ikut suka, tanak letak pon takpe)
  • 1 sudu teh kunyit
  • 1/2 sudu teh jintan manis
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar sos ikan
  • 1/2 sudu teh cuka makan
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Sedikit minyak untuk menggoreng

Cara cara :
  1. Gaul ayam, garam, kunyit, jintan manis, sos tiram, gula dan cuka. Perap selama 15 minit.
  2. Panaskan minyak dan goreng ayam yg telah diperap tadi hingga kekuningan dan angkat.
  3. Panaskan sedikit minyak, masukkan bawang merah dan bawang putih dan goreng hingga harum.
  4. Kemudian masukkan kacang panjang, carrot dan ayam yang telah di goreng tadi.
  5. Last sekali masukkan sos ikan dan cili besar then tutup api. Siap...

Ahad, 17 April 2011

Hobi..

AsSalam semua...

Huhuuuuu... lamanya tak update blog. Saya tak sepatutnya tinggalkan blog begini lama. Takkan nak bersawang lagi. Orang lain yang begitu busy pon masih sempat update blog tapi saya??? Huahuahua... Ehhh... dah la lama tak update, tetiba tajuk 'hobi' plak, bukan nak cite pasal resepi.. masakan ke?? Okkey, sesekali saya nak juga berceloteh hal yang takde kena mengena dengan masakan. Tapi memasak juga adalah satu hobi buat saya. Bagi saya memasak boleh menghilangkan stress saya tapi dengan syarat saya memasak di dapur saya sendiri tanpa gangguan orang lain. Ooohhh...saya enjoy sekali even dapur rumah saya agak kecil dan sederhana je kelengkapannya tapi rumahku syurgaku kan.. hehehhehe..


Antara peralatan memancing En. Hasben saya...

Siapa yang mempunyai suami yang suka memancing?? Mari kita share pengalaman sebagai isteri kepada pemancing. Kenapa saya nak tulis pasal nie malam nie? Sebenarnya suami saya mmg gila memancing dan mari saya kongsikan dialog saya dan suami saya sebentar tadi lebih kurang pukul 10.00 mlm...

Suami : Mama, tengok AF nie boring la... boleh papa pegi mancing tak????
Saya   : Seronoknya jadi papa nie, boring je pegi mancing... habis tu mama yg boring nie nak buat apa??
Suami : Alaaa... bukan selalu pon..
Saya   : Memang bukan selalu sayang, tapi kerap juga papa memancing, mcm membazir je mama rasa.

Saya diam beberapa minit konon tanda protes dan tak suka la. Bukan apa, suami saya tengah sambung study so setiap ahad dia kena menghadiri kelas. So, kalau memancing malam2 kan esok boleh buat dia mengantuk. Tapi lepas 10 minit hati saya menjadi lembut. Terus saya izinkan dia pergi memancing. Bukan apa, saya terfikir mungkin dia penat berkerja, stress belajar...apa salahnya dia memancing kan. Tapi kadang-kadang memang saya marah, memang saya rasa hobinya membuang masa, membazir wang tapi bebelan saya tidak menjadi kudis buat suami malah dia terus dengan hobinya.


Udang galah yang pernah dipancing oleh En. Hasben..

Ikan siakap yang pernah dibawa pulang...

Buat mereka yang mempunyai suami yang suka memancing, bersabarlah. Bagi saya kalau suami masih ingat tanggungjawab buat keluarga apa salahnya kan. Mula-mula saya memang tak suka suami memancing tapi dah itu menjadi hobinya, lama-lama saya boleh terima malah sikit-sikit saya mula belajar untuk 'suka' pada hobinya itu. Kadang-kadang saya ikut juga dia memancing, tapi kat kolam-kolam pancing udang berbayar disekitar KL nie je. RM15 untuk 1 jam menacing udang harimau, saya rasa cukup mahal. Sekali pergi bukan sejam dua memancing.. lebih dari tu. Pastu belum tentu dapat apa yang kita pancing tu... huhuhu... mana saya tak kata membazir masa dan wang. Sekali pergi habis RM60 misalnya, bagi saya dengan duit tu saya boleh beli macam-macam kat market... setuju tak??? Tapi bagi si hobi memancing nie, dia takkan rasa membazir sebab itu satu kepuasan buatnya dan kalau suami saya pulak dia kata udang harimau kat market pon sekilo RM50 jugak.. dia kalau balik memancing bawak udang harimau lebih dari sekilo dia kata. Huhuuuuuu.... ade je alasan kan. Jadi sekarang saya dah malas pertikaikan hobi dia nie. Saya cuba terima yang suami saya nie memang suuuuuuuuukaaaaaaaaaaa memancing. Biarkan laaaaaaa......


Salah satu tempat kegemaran En. Hasben saya memancing..

Mimie pon ikut memancing udang harimau @ Pudu Ulu
Salah satu feveret/port mancing best yg En. Hasben suka @ Hulu Langat

        Errrkkk... memana pon boleh layan mancing...


Nie antara resepi yang pernah saya cuba hasil tangkapan En. Hasben...