Isnin, 28 Mac 2011

Sambal Goreng

Ada org panggil nie sambal goreng jawa tapi sambal goreng jawa nie ada bermacam2 versi. Jadinya saya panggil nie sambal goreng je la. Hehehehe.. Saya buat nie sikit je, saje buat stok kot tetiba lapar, takde lauk kat dapur ke ataupon kot takde selera nak makan dgn lauk yg sedia ada so sambal goreng nie boleh jadi penyelamat. Lagipon sambal goreng nie boleh disimpan lama dan kalau nak makan mcm tu je pon boleh. Masak nie simple je.. percaya la, saya nie masak yg simple2 je sbb saya nie ibu yg berkerja, masa mmg agak terhad. Asalkan suami saya puashati itu cukup buat saya.. setakat nie Alhamdulillah suami saya bukan la seorang yang cerewet bab makan nie... Ok la, nie resepi sambal goreng yer..


Resepi Sambal Goreng

Bahan Bahan :
  • 1 peket tempe/5 keping tempe (klu dibungkus dlm daun tu)-digoreng
  • 300 gram kacang tanah-digoreng
  • 100 gram ikan bilis-digoreng
  • 5 ulas bawang merah dan 2 ulas bawang putih-dihiris dan goreng hingga rangup
  • 4 ulas bawang merah-kisar
  • 2 ulas bawang putih-kisar
  • 50 gram cili kering-kisar
  • 2 cm belacan-kisar
  • Asam jawa
  • Garam
  • Gula
  • Minyak untuk menumis
Cara cara :
  1. Tumis bahan kisar hingga kering dan naik minyak.
  2. Masukkan garam, gula dan air asam jawa secukup rasa.
  3. Bila rasa semua dah ok, masukkan tempe, kacang tanah, bawang dan ikan bilis yg telah digoreng terlebih dahulu.
  4. Kacau sampai likat, sebati dan kering.

Ahad, 27 Mac 2011

Apam Gula Melaka

Gambar agak kurang clear sbb saya sempat snap pakai kamera hp je masa nie..


Nak tau, nie la antara kuih feberet saya. Masa mula saya tak tau buat kuih nie, saya ingat susah la sgt nak buat. Tapi bila saya dah tau cara nak buat, simple je rupanya. Kuih nie sesuai la sgt untuk breakfast ataupon minum petang. Kalau pegi gerai pon, kuih nie la antara yg saya tinjau dulu dan kalau ade harus beli la. Hehehehe.. Ok, bila suka nie rugi rasanya kalau kita tak simpan resepi nie kan. Bukan ape, kita nie cepat sgt pelupanya. Nanti bila nak buat apa2 baru la sibuk nak google resepi ke apa, kan payah namanya tu. Ok, takmo type panjang2 dah, nie la resepi kuih nie..

Resepi Apam Gula Melaka

Bahan Bahan :
  • 1 cawan air
  • 1/2 cawan gula melaka yg telah diracik halus
  • Sehelai daun pandan
  • 2 cawan tepung gandum 
  • 1 sudu kecil yis kering (saya guna brand Mauripan)
  • 3/4 cawan air
  • 3 sudu besar gula pasir
  • secubit garam
Cara cara :
  1. Masak 1 cawan air, gula melaka dan daun pandan hingga gula larut dan dibiarkan sejuk.
  2. Campurkan semua bahan dan air gula yg telah sejuk dan gaul rata. (saya blend je semua, kes malas punya orang..hehehehehe) 
  3. Seeloknya campuran tadi di masukkan didalam bekas besar. Tutup dan bibiarkan selama 40 minit atau sehingga adunan naik hingga 3 kali ganda.
  4. Tuangkan adunan kedalam loyang yg telah dilengserkan minyak. Biar sekejap dlm 5 minit.
  5. Kukus adunan selama 30-35 min atau bila dicucukkan lidi, lidi keluar bersih.
  6. Sedap dimakan dgn kelapa parut yg digaul dgn sedikit garam.


Sotong Goreng Rempah


Hari tu masa pegi Langkawi, makan la sotong goreng kat satu kedai mamak kat area Pekan Kuah. Kemain sedap sotong goreng tu, rasa nak datang lagi tp apakan daya jauh tempatnya. Hehehehehe... Balik dari Langkawi En.Hasben suruh saya buatkan sotong goreng nie, tp of course tak sama la dgn yg saya makan kat kedai dulu. Saya cuba la masak dan En. Hasben kata sedap juga la resepi saya nie. Boleh la kan.. Saya nie suka memasak sebenarnya tapi hanya untuk suami dan anak je. Kalau tetamu datang ramai2 kadang masakan saya ade je yg tak menjadi. Huwaaaaa... Bagi saya dgn masakan lah saya dapat mengeratkan lagi hubungan saya, suami dan anak. Memang enjoy la masak untuk diorg dan mereka pon ketegori yg suka makan. Heheheheh...Tapi oleh kerana saya nie ibu yg berkerja, jadi kesempatan memasak tu agak terhad. Selalunya hujung minggu la saya berkesempatan masak masakan kegemaran mereka. Ok la, membebel plak.. mari kita tgk resepi yer...

Resepi Udang Goreng Berempah

Bahan bahan :
  • ½ kg Sotong - cuci dan dipotong-potong
  • 3 ulas Bawang Merah-ditumbuk
  • 3 ulas Bawang putih-ditumbuk
  • 3 cm Halia-ditumbuk
  • 1 batang serai-ditumbuk
  • 2 tangkai Daun Kari
  • 1 sudu Rempah kari daging
  • 1 sudu teh Garam
  • 1 sudu teh Serbuk kunyit
  • 1 sudu teh cili boh/serbuk cili
  • 2 sudu tepung jagung/tepung beras
  • 1 sudu Tepung Naik Sendiri
  • 1 sudu teh Garam
  • Minyak untuk menggoreng
Cara cara :
  1. Perap bahan yg ditumbuk bersama sotong dan bahan2 lain selama lebih kurang 30 minit.
  2. Goreng dengan minyak yang banyak hingga kekuningan. (make sure tutup kuali semasa menggoreng sebab meletup2 minyaknya)  

Ikan Patin Masak Tempoyak



Hari tu ikut hasben ke Temerloh yang ada sedikit urusan disana. Sempat la merasa ikan patin tempoyak Temerloh yang femes tu. Memang tak dinafikan la kesedapannya, menjilat jari la orang kata. Kami berkesempatan melawat ke tempat ikan patin dalam sangkar dlm Sungai Semantan/Pahang kepunyaan seorang sahabat En. Hasben. Walaupon tidak lah sesedap ikan patin liar tapi oleh kerana dibela dlm sungai so rasanya takde la lari sgt org kata. Alhamdulillah masa kami nak balik, sahabat En. Hasben nie sempat la bekalkan sedikit ikan patin yang dia bela... Terima kasih En. Abu... fresh dan sedapppp ikan patin nie.
Ikan patin fresh yg baru ditangkap...

Bahan bahan :

  • 2 ekor ikan patin sederhana besar-potong dua (basuh dgn limau nipis/asam jawa kemudian basuh hingga bersih)
  • 10 biji cili api- ditumbuk (sape tak suka pedas boleh kurangkan)
  • 2 cm kunyit hidup-ditumbuk
  • 2 cm halia-tumbuk
  • 4 ulas bawang merah-ditumbuk
  • 1 ulas bawang putih-ditumbuk
  • 2 batang serai-dititik
  • 3 sudu besar tempoyak
  • 2 keping asam keping
  • Secekak daun kesum (agak2 la byk mana nak letak..hehehehhe)
  • garam secukup rasa
  • gula (terpulang, ade org tak suka tak payah letak yer)
  • 4 cawan air

Cara cara :

  1. Masukkan ikan, bahan ditumbuk, serai, tempoyak, asam keping dan air dlm periuk.
  2. Biarkan mendidih, kemudian masukkan garam, gula secukup rasa.
  3. Last sekali masukkan daun kesom.. didihkan sebentar dan tutup api.

Pancake atau Lempeng..

Pancake with syrup & butter...

Morning semua... breakfast apa pagi nie??? Kami sekeluarga breakfast dgn pancake atau org melayu kita panggil lempeng la. Actually last week kami breakfast di Mc'donald, kami ambik big breakfast set yg ada hotcake ni. Oleh kerana mcm sedap sgt so saya pon cari la resepi pancake nie dan syrup sekali. Godek punya godek jumpa la.. tapi biasa la, mesti diubah2 resepi tu ikut kesesuaian tekak sendiri. Hmmmm... rasanya lebih kurang la dengan hotcake Mcd tapi masih tak sama. Harus cari secret receipe dari Mcd nie. hehehhehe...


Ini yg comel sket anak saya punya, dia makan dgn strawberri topping, honey & butter.


Resepi Pancake aka Lempeng

Bahan bahan :
  • 4 sudu besar butter-cairkan
  • 1 biji telur
  • 2 cawan tepung naik sendiri (saya guna tepung gandum je)
  • 2 sudu teh baking powder
  • 2 sudu besar gula
  • 2 cawan susu segar
  • 2 sudu teh esen vanila
  • Secubit garam

Cara cara :

Satukan semua bahan, blend hingga sebati. Biarkan 10 minit sebelum dimasak...

Satu adunan cukup untuk kami sekeluarga.. yg besar utk mama & papa, yg kecik utk Mimie

Syrup Pancake
  • 3/4 cawan brown sugar
  • 1/4 cawan gula
  • 3/4 cawan air
  • 1 sudu besar esen vanila
  • 1 sudu besar butter
  • secubit garam

Cara cara :

Satukan semua bahan dalam kuali, kacau sampai likat. Jgn likat sangat sampai jadi mcm gula hangus tu. Agak2 likat je terus tutup api.

Potato Salad

Last friday, ofis buat potluck. Biasa jugak ofis buat potluck nie tapi kali agak luar biasa sebab nak healthy potluck. Dok puas la pikir ape la nak buat yer... kalau nak buat sandwich, ramai sgt pulak yg bawak dah. Hmmmm... puas dok pikir2 akhirnya saya bawak la potato salad nie. Kira menu healthy jugak la yer. Hehehehhe... aci tak, healthy tp menu penuh dgn mayonis nie. Belasah je laaa... hahhhaha..

Resepi Potato Salad

  • 2 kg kentang (buang kulit, potong dadu besar2 & rebus tp jgn terlalu empuk,toskan dan biarkan sejuk)
  • 2 biji telur (rebus)
  • 3/4 cawan mayonis 
  • 1 tin kecil jagung manis dlm tin (toskan airnya)
  • 1 biji capsicum merah (hiris nipis)
  • Daun bawang/parsley (hiris nipis) -saya guna daun bawang je
  • Lada hitam (ikut suka byk mana)
  • Garam (Secukup rasa)
  • 1 sudu besar jus lemon
  • Kalau nak tambah sayur2an lain pon boleh gak.
Dalam mangkuk besar, lenyek telur rebus hingga hancur, masukkan mayonis, lada hitam, garam, jus lemon dan kacau sebati. Kemudian masukkan jagung, capsicum dan daun bawang. Last sekali masukkan kentang yg dah disejukkan, gaul perlahan2 hingga rata supaya kentang tak hancur. Simpan dlm peti sejuk selama 30 minit sebelum dimakan.

Daging Goreng


Ermmmm... suka menu nie, malah menjadi menu feberet Incik Hasben saya. Bila saya masak daging goreng nie mesti dia puji. Hehehehehe... Selain sedap, nak buat pon senang je. Actually saya bukan tau sangat masak daging nie tp yg nie simple & senang. Asalnya saya mmg suka makan kat hawker centre kat ofis saya. Kedai nie ala2 kelantan la hidangan yg dijual. Dah suka sangat saya cari la resepi kat internet nie dan ubah suai sikit ikut selera saya. Ok nie la resepinya yaaa...

Resepi Daging Goreng

Bahan bahan :
  • 500 gm daging (kalau dapat bhgn batang pinang lagi bagus) - dihiris nipis
  • 2 ulas bawang putih - ditumbuk
  • 4 ulas bawang merah - ditumbuk
  • 2 cm kunyit hidup - ditumbuk
  • 2 cm halia - ditumbuk
  • 2 sudu kecil serbuk jintan manis
  • beberapa urat kacang hijau - hiris serong
  • Carrot (potong bulat boleh, panjang2 mcm batang mancis pon boleh)
  • kubis bunga (saya tak letak sbb takde)
  • 1 tangkai cili merah - hiris serong
  • 1 labu bawang besar - hiris bulat
  • 1 sudu besar kicap cair
  • garam dan gula secukup rasa
  • air secukupnya untuk merebus daging hingga empuk (saya letak air byk juga supaya daging empuk)
  • 3 sudu besar minyak masak

Cara cara :

  1. Basuh bersih daging dan toskan. Gaulkan bahan yang ditumbuk dan serbuk jintan putih dengan daging dan perap lebih kurang 30 minit.
  2. Masukkan daging yang diperap ke dalam kuali dan tuangkan air.
  3. Rebus/Masak dulu daging dengan bahan perap hingga daging empuk.
  4. Masukkan garam dan gula ke dalam kuali dan biarkan masak hingga air dlm kuali kering.
  5. Masukkan minyak dan biarkan daging agak garing.
  6. Masukkan bawang besar, carrot, kacang panjang, kobis bunga dan cili merah. Kacau kesemuanya biar bergaul rata dan bawang dan cili layu.
  7. Masukkan kicap, gaul rata & tutup api.

Isnin, 21 Mac 2011

Musim Durian ke???


Musim durian kembali ke? Tengok sana sini banyak orang jual durian. Geram je tgk...lalu tepi je bau harum semerbak. Mana tahan weiii... hehehhehe... Untuk org yang takde kebun, takde dusun macam saya nie terpaksa la beli je. Hehehehe... pernah berimpian nak beli dusun buah-buahan suatu hari nanti. Sonoknya, kalau dapat lepak kat dusun sendiri kan. Saya membesar di kampung yg dipenuhi pokok kelapa, koko dan sekarang kelapa sawit lak. Ala-ala duduk dlm estet pon ada... heheheheh.. Ape pon bersyukur ada kampung yg damai...Alhamdulillah. Berbalik pada cerita durian tadi, gambar diatas nie la feveret En. Hasben saya makan durian. Kalau saya lebih suka makan gitu jekk atau buat kuah then makan ngan roti jala ke, roti gardenia ke... fuhhh.. sedap. Mcm gambar kat atas nie tak payah resepi la ekk sbb sempoi sgt. Masak pulut then masak santan yg dicampur ngan secubit garam. Itu je...

Ahad, 20 Mac 2011

Acar Sempoi...

Lastly, sebagai pelengkap nasi minyak & udang goreng berempah tadi, saya buat acar mentah sempoi nie. Jadi la sbb acar nie saya yang banyak makan pon. Anak & En. Hasben kurang menggemari sayur2an nie. Muhahahahah... Susah nak didik mereka agar menggemari sayur sayuran & ulam. Cemana yer? Bagi tips sikit... Ok la, nie la resepi cara saya..


Resepi Acar sempoi

Bahan bahan :
  • 1 batang carrot-dipotong panjang mcm batang mancis
  • 2 batang timun dipotong panjang mcm batang mancis tp kasar
  • 1/2 biji nenas dibuang kulit dipotong agak kecil (ari tu buat takde nenas, bantai letak tomato je)
  • 1 biji bawang besar dipotong bulat
  • 1 biji cili merah
  • 4 s/b cuka makan dan garam gula secukup rasa

Cara cara :

Campur semua carrot, timun & tomato dalam satu bekas. Kemudian masukkan cuka dan tambah garam dan gula secukup rasa pastu letak hirisan bawang dan hirisan cili merah, gaul rata. Simpan kejap dalam peti sejuk 1/2 jam sebelum dimakan...

Udang Goreng Berempah..

Untuk melengkapkan resepi nasi minyak saya, En. Hasben membuat permintaan resepi ini, udang goreng berempah untuk dimakan bersama nasi minyak tadi. Boring nak makan dengan ayam je katanya, lagipon hobi En. Hasben saya nie memancing. So stok udang memang banyak kat rumah saya hasil dari dia memancing kat kolam udang huhuuuuu.... Ok la, lupakan hobi memancing kolam yang agak membazir tu bunyinya buat saya, nie saya sertakan resepi udang goreng berempah...sedap..

Resepi Udang Goreng berempah

Bahan-bahan :
  • Udang harimau (500g) 
  • Bawang merah (4 ulas)
  • Bawang putih (2 ulas)
  • Bawang besar dicincang (1 biji)
  • Serai dipotong nipis (1/2 batang)
  • Daun kari (1 tangkai)
  • Ketumbar (1 sudu)
  • Serbuk cili (1 sudu)
  • Serbuk jintan manis (1/2 sudu)
  • Serbuk kunyit (1/2 sudu)
  • Serbuk jintan putih (1/2 sudu)
  • Gula (sikit je kalau perlu)
  • Garam (secukup rasa)


Cara memasak :



  1. Tumbuk serai hingga hancur diikuti dengan bawang putih. Setelah lumat, tumbuk bawang merah. Masukkan garam supaya mudah ditumbuk.
  2. Gaulkan udang dengan bahan ditumbuk, semua rempah, gula. Perap 1/2 jam.
  3. Goreng daun kari hingga naik bau.
  4. Masukkan bawang besar dan biar hingga layu.
  5. Masukkan udang, goreng hingga masak dan hidang.

Nasi Minyak

Huhuuuu... 1st resepi saya dalam blog nie, nasi minyak. Sbenarnya nasi minyak bukanlah saya minat sgt. Kalau pegi kenduri, saya rela ambil nasi putih dari nasi minyak nie. Tak tau la kenapa saya kurang menggemarinya. Tapi bukan la saya tak makan langsung. Saya masih boleh menjamahnya cuma bila En. Hasben suruh saya buat saya agak terpinga2 sebab saya tak tau macamana nak buat yg sedap. Bila kita tak berapa suka sesuatu, untuk membuatnya pasti kita takut tak sedap di tekak orang lain kan. Tapi kalau dah menjadi permintaan En. Hasben tercinta, saya buat juga la. Saya survey semua resepi kat internet dan Alhamdulillan En. Hasben cakap nasi minyak saya menjadi. Saya tak pasti resepi mana yg saya ambil tp ini la dia resepinya...

Resepi Nasi Minyak

Bahan bahan :

  • 5 pot kecil beras Basmathi (dibasuh & disejat). (Pot nie saya guna pot kecil beras yg plastik tu)
  • 1 sudu besar minyak sapi + 2 sudu besar butter
  • 2 helai daun pandan (disimpul)
  • Air saya agak2 je, macam masak nasi tu la kan..
  • 1 cawan susu cair
  •  1 1/2 kiub stok ayam maggi
  • garam secukupnya
  • Gajus. (agak2 la berapa byk nak letak. klu suka boleh letak byk sikit..)
  • Sayur campur segera carrot + kacang peas hijau + jagung. (saya beli mixed vege tu je)
  • 50 gm bawang goreng } bahan hiasan (saya buat sendiri bawang goreng utk lebih sedap)
  • sebiji tomato Potong dadu tapi besar2.
  • sedikit daun ketumbar
  • 1/2 kecil serbuk kunyit (untuk warnakan nasi minyak tu je )

Bahan Penumis:
  • 5 cm kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga cengkih
  • 2 buah pelaga
Bahan dikisar:
  • 8 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 2.5 cm halia
Cara cara:
  1. Panaskan minyak sapi + butter tu, masukkan bahan penumis dan bahan kisar. Kacau hingga naik bau wangi.
  2. Bubuh pula daun pandan, air, garam, susu, stok dan serbuk kunyit
  3. Last sekali masukkan nasi. Kacau sebentar dan pindahkan semua ke rice cooker.
  4. Bila nasi dah kering dan rice cooker naik ke warm. Masukkan tomato, gajus, daun ketumbar, mixed vege dan bawang goreng. Kacau sekali dah biarkan masak...

Sabtu, 19 Mac 2011

Bersawang...

Macam tak sesuai tajuk dgn gambar kan... hehehhehe... Actually, tajuk tu membawa maksud blog nie yang dah bersawang sbb lama ditinggalkan. Kesuntukan masa saya hingga terpaksa melupakan buat sementara dunia blog saya. InshaAllah saya akan cuba mencuri sedikit masa dari kesibukan saya untuk memasukkan entry di blog saya ini. Ohh yer.. mengenai gambar diatas. Pemandangan cantik nie saya ambil dari kampung saya, ditepi Sungai Perak. Cantikkan ciptaan Allah SWT... Rasa rindu tiba2 pada kampung, ibu bapa tercinta... Ohh kalau la saya dapat terbang kesana disaat ini alangkah indahnya. Kalau dulu sebulan sekali pasti saya akan menjejakkan kaki ke kampung melawat kedua ibu bapa saya. Untuk beberapa tahun nie kemungkinan saya tak dapat berbuat demikian oleh kerana suami kesayangan saya sedang melanjutkan pelajaran dan wajib menghadiri kelas setiap hujung minggu. Takpe la, berkorban untuk sementara waktu, bukan lama mana pon. Alhamdulillah kedua orang tua saya pon amat memahami kesukaran saya buat sementara waktu ini untuk melawat mereka. Hujung minggu saya selalu saya habiskan bersama anak kesayangan saya Mimie dan mencuba resepi baru. Hehehehhe... seronok rasanya bila melihat suami dan anak makan penuh selera.. Sebenarnya saya nie bukan lah seorang yang mahir memasak tapi setelah berkahwin dan mempunyai seorang anak, saya belajar memasak dan kalau boleh nak anak saya makan makanan yg berkhasiat, bersih dari air tangan ibunya sendiri. Dari itu saya cuba untuk memasak dan terus akan belajar memasak.. saya enjoy sebenarnya memasak di dapur rumah sendiri dan memasak untuk suami dan anak saya.

Buat permulaan nie mungkin saya akan masukkan resepi masakan saya. Sebenarnya itu la antara tujuan saya membuat blog nie. Bukan apa, saya mahu blog nie menjadi rujukan saya memasak dan menyimpan resepi2 saya. Sayang rasanya kalau kita lupa dan tak simpan resepi best yg kita masak kan.. Oh ye, gambar di atas nie adalah koleksi Vantage saya yg tidak seberapa. Saya beli nie dari Langkawi.. Lama mengidamkannya.. Hehehe... Ok la, sampai disini dulu untuk kali nie.. Jumpa lagi dilain entry.