Ahad, 27 Mac 2011

Ikan Patin Masak Tempoyak



Hari tu ikut hasben ke Temerloh yang ada sedikit urusan disana. Sempat la merasa ikan patin tempoyak Temerloh yang femes tu. Memang tak dinafikan la kesedapannya, menjilat jari la orang kata. Kami berkesempatan melawat ke tempat ikan patin dalam sangkar dlm Sungai Semantan/Pahang kepunyaan seorang sahabat En. Hasben. Walaupon tidak lah sesedap ikan patin liar tapi oleh kerana dibela dlm sungai so rasanya takde la lari sgt org kata. Alhamdulillah masa kami nak balik, sahabat En. Hasben nie sempat la bekalkan sedikit ikan patin yang dia bela... Terima kasih En. Abu... fresh dan sedapppp ikan patin nie.
Ikan patin fresh yg baru ditangkap...

Bahan bahan :

  • 2 ekor ikan patin sederhana besar-potong dua (basuh dgn limau nipis/asam jawa kemudian basuh hingga bersih)
  • 10 biji cili api- ditumbuk (sape tak suka pedas boleh kurangkan)
  • 2 cm kunyit hidup-ditumbuk
  • 2 cm halia-tumbuk
  • 4 ulas bawang merah-ditumbuk
  • 1 ulas bawang putih-ditumbuk
  • 2 batang serai-dititik
  • 3 sudu besar tempoyak
  • 2 keping asam keping
  • Secekak daun kesum (agak2 la byk mana nak letak..hehehehhe)
  • garam secukup rasa
  • gula (terpulang, ade org tak suka tak payah letak yer)
  • 4 cawan air

Cara cara :

  1. Masukkan ikan, bahan ditumbuk, serai, tempoyak, asam keping dan air dlm periuk.
  2. Biarkan mendidih, kemudian masukkan garam, gula secukup rasa.
  3. Last sekali masukkan daun kesom.. didihkan sebentar dan tutup api.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan