Isnin, 20 Jun 2011

Bubur Kacang Durian

Permintaan En. Hasben tersayang bubur kacang durian nie. Memang dah lama pon tak buat bubur kena plak ade stok durian dalam peti baki yang tak habis hari tu. Ape lagi.. minum petang dgn bubur nie la. Oleh kerana lama tak buat, rasa sedap sgt la makan kali nie. Heheheheh.. puji diri sendiri ke ape nie. Resepi biasa je tp nak jugak tulis resepi kat sini.. mana tau nanti anak dara saya boleh refer kat sini bila dia nak masak.

Resepi
  • Sepeket kacang hijau (saya beli yg harga dia RM1-00 tu je, cukup utk 3 beranak)
  • Gula melaka (guna seketul je)
  • Gula (Agak2 la jgn manis sgt)
  • Santan dari sebiji kelapa
  • 4 helai daun pandan
  • 5 ulas durian
  • Secubit garam
Cara cara
  1. Kacang hijau tu rendam 5 jam sebelom masak
  2. Kemudian masak dgn air yang byk bersama daun pandan sampai kacang kembang dan lembut
  3. Masukkan gula melaka, gula dan garam
  4. Bila gula melaka, gula dan garam dah hancur masukkan santan
  5. Masukkan durian
  6. Kacau sampai sebati dan tutup api

Apam Polkadot

Memenuhi permintaan anak dara saya untuk buat apam yang amat la comel nie. Al kisah la mamanya suka tgk2 resepi dalam internet. Ntah cemana dia boleh tertengok apam nie terus dia suh buat. Masa buat nie dia pon buat sama.. happy sangat dia enjoy buat kuih bersama mama dan sangat la suka makan apam nie. Kemain banyak dia makan dan esoknya siap bawak bekal ke tadika kuih nie. Mama pon ape lagi, dah anak suka mmg akan buat lagi le nanti, lagipon resepinya amat le mudah cuma mama nie bukan tangan berseni, nak dot dot kan apam nie pon kemain comot. Hahahahha... Satu yg saya belajar masa buat apam nie, tak payah le nak mahal2 buat anak enjoy dgn bercuti atau belikan hadiah ke ape. Buat je aktiviti memasak di dapur dgn si comel, tentu dia suka malah merapatkan lagi hubungan ibu dgn anak lagi. Ok la, takmo celoteh dah... kita bagi resepi je la...

Resepi
  • 3 biji telur
  • 275 gm tepung gandum
  • 220 gm gula halus
  • 150 ml susu segar atau susu cair pon boleh
  • 3 sudu teh baking powder
  • 1 sudu kecil ovalette
  • Filling (guna filling strawberri)
  • Pewarna (ikut suka, masa nie buat kaler pink ngan kuning)
Cara cara
  1.  Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk mixer dan pukul hingga kembang (10 minit gitu la tp i blend jer.. hahahahaha..)
  2. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian,kemudian titiskan pewarna mengikut kegemaran. (Tang nie buat 2 kaler pink & kuning je. sbb malas nak basuh bekas byk2. Yang kuning tu buat adunan sket je sbb just utk dot dot je)
  3. Masukkan setiap adunan berwarna ke dalam piping bag.
  4. Susun mangkuk kertas dlm acuan lompang atau ape je acuan keras supaya tak meleper bila dikukus nanti.
  5. Picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas setengah sahaja
  6. Letakkan filling (pon guna piping bag utk letak filling, senang just picit je)
  7. Picit lagi adunan sama warna dgn yg 1st td sehingga hampir penuh (3/4 je isi dlm mangkuk kertas tu)
  8. Last sekali dot-dot kan dengan warna pilihan,kemudian kukus selama 10-15minit @ sehingga masak (api kecik je tau klu api besar nanti apam merekah jadilah pulak apam mekar.. hahahaha..)

Ahad, 5 Jun 2011

Sandwich Ayam

1st time buat, walaupon rupa tak seberapa tapi rasanya menjilat jari. Ecehhh.. mula la perasan ye. Hehehehe... bukan la nak perasan cuma hasnben dan anak mmg puji chicken sandwich saya nie. Buatnya pon mudah dan sempoi sgt. Sihat pon iyer makanan nie. Buat En. Hasben dan Mimie my little angle, nanti mama buat lagi ye. Meh kita share resepi sempoi nie..

Resepi
  • 3 ketul ayam bahagian dada (Ambil daging je, buang tulang & kulit dan rebus)
  • 1/2 buku roti gardenia
  • 3 sudu besar mayonis
  • 2 batang seleri (hiris nipis/potong dadu)
  • 1 biji bawang besar (potong dadu)
  • 1/2 sudu kecil lada hitam
  • 1 biji tomato (potong dadu)
  • Cili besar (buang biji dan hiris nipis
  • 1 sudu besar jus lemon
  • Sedikit butter untuk disapu  pada roti
  • Timun, tomato dan daun salad untuk hiasan (hiris nipis)
Cara cara :
  1. Rebus ayam sampai masak, sejukkan dari carik nipis. Kalau malas carik, hiris nipis pon boley.
  2. Dalam satu bekas, gaul ayam yang dah dihiris nipis tadi bersama seleri, mayonis, tomato, jus lemon, lada hitam, cili besar hingga mesra.
  3. Sapu roti dgn butter dan letakkan bahan yg dah digaul.
  4. Letak timun, tomato dan daun salad yg telah dihiris nipis. Siap..

Sekaya Durian

Lama tak masuk resepi baru. Bukan saya tak memasak cuma tak update dlm blog sahaja. Kali nie saya nak kongsi resepi kaya durian nie. Resepi nie saya dapat dari ibu kepada seorang sahabat saya nie. Ehh choppp, rasanya klu tak silap kawan saya nie kata resepi nie ayah dia yg bagi sbb ayah dia lagi terror memasak nie. What ever la yang penting saya dah cuba dan boleh kata menjadi la cuma manis sket. Asalnya saya dapat resepi nie kaya original je tapi saya ubahsuai dgn mencampurkan durian utk menjadi lebih sedap. Saya buat sseparuh je dari resepi nie hasilnya 4 bekas mcm gambar di atas saya dapat. Kaya durian nie klu buat pau pon sedappp... Ok la nie resepinya..

Resepi
  • 10 biji telur
  • 1 kg gula (ambil 4 sudu untuk dibuat gula hangus)
  • Santan dari 1 biji kelapa
  • 5 helai daun pandan
  • Beberapa ulas durian (Agak2 la)
  • 1 sudu tepung gandum utk memekatkan kaya nie (saya tak letak pon)
Cara cara :
  1. Blend telur dan gula hingga kembang.
  2. Kemudian masukkan santan dan durian, blend sekali supaya mesra
  3. Kemudian masukkan gula hangus dan blend sekali (Masa buat gula hangus tu elok letak air bila gula dah hangus untuk mengelakkan gula hangus nie jadi keras)
  4. Masukkan bahan yang diblend ke dalam periuk dan kacau sampai pekat/likat bersama daun pandan yg telah disimpul. Siap...

Ahad, 24 April 2011

Strawberry Cheese Cakes untuk birthday hasben..

22hb April lepas adalah ulangtahun kelahiran suami saya yang ke 32 tahun. Oohhh... dah tua rupanya suami saya yer. Hihihihi... Untuk kali nie, saya cuba buat sedikit kelainan. Saya cuba buat kek sendiri. Nie sambutan hanya bersama anak sahaja so takde la risau sangat kek tak jadi ke apa. Disamping itu saya nak suami lebih menghargai yang saya bersungguh-sungguh cuba buat kek untuk birthday dia kali nie. Wahai suamiku.. saya sayangkan kamu teramatlah sangat. Hahahaha... jiwang le plak. Tidak semua orang sempurna di muka bumi ini...Alhamdulillah saya dikurniakan seorang suami yang baik dan saya amat menghargai anugerah ini... syukur Ya Allah.

Resepi Strawberry Cheese Cakes

Bahan bahan  untuk cream cheese :
  • 250 gram Philadelphia cream cheese
  • 5 sudu besar susu pekat manis (klu kurang manis boleh lebihkan)
  • 3 sudu besar gelatin Halalgel-masak dalam 20ml air hingga larut
  • 300 gram yogurt jenama Nestle perisa strawberry
  • 1 cawan whipping cream
  • 1 sudu kecil parutan lemon
  • 1 sudu besar jus lemon
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • Strawberry untuk hiasan
Bahan bahan untuk topping :
  • 1 bungkus jelly kristak jenama Nona perisa strawberry
  • 3 sudu besar pes/sos strawberry
Bahan bahan untuk Base :
  • 100 gram serbuk almond jenama Nona
  • 100 gram biskut Chipsmore (kisar halus)
  • 1/2 cawan butter (cairkan)
Cara cara :
  1. Untuk base-campurkan serbuk almond dan biskut chipsmore yang terlah dikisar ke dalam bekas dan tuangkan butter yang telah dicairkan. Pastikan biskut lembab dan boleh dikepal.
  2. Sapukan sedikit butter dalam loyang dan masukkankan adunan biskut tadi dan tekankan adunan dalam loyang sehingga padat dan rata. kemudian simpan dalam peti sejuk selama lebih kurang 3 jam.
  3. Untuk cream cheese- pukul cream cheese hingga kembang. (saya blend je)
  4. Kemudian masukkan bahan lain dan pukul hingga rata.
  5. Tuang adunan dalam loyang dan simpan dalam peti sejuk selama 4 jam
  6. Untuk Topping-masak jelly dengan 100ml air hingga larut.
  7. kemudian masukkan pes strawberry dan sejukkan pada suhu bilik.
  8. Bila dah sejuk tuangkan dalam loyang strawberry cheese tadi yang telah disejukkan 4 jam td.
  9. Sejukkan lagi dalam peti sejuk dalam peti sejuk lebih kurang 2 jam baru boleh dimakan.

Hadiah dari saya untuk suami tersayang kali ini, perfume jenama Carolina Herrera.
Saya tau dia hampir kehabisan perfume tu sebab saya pilih hadiah ni dan saya amat menyukai baunya..

Puding Peach

Hari nie adik dan anak buah saya datang rumah. Terpikir ape nak buat, tgk ade stok agar2 dan buah peach dalam tin. Hmmm... buat puding sedap jugak nie kan. So tanpa berlengah saya terus buat puding peach nie sebelom saya masak tengahari kira2 pukul 10 gitu. Hasilnya petang saya dah boleh makan. Bila dah sejuk saya terus simpan dalam peti ais... sedap makan sejuk2 nie. Oleh kerana nak hasil yang sedap dan tak keras sangat, akhirnya puding saya nie agak lembik dah hanya sesuai dimakan dengan sudu. Hahahahha... tu la, lenkali ikut sukatan yer. Kan dan terlembik..

Resepi Puding Peach
Bahan bahan :
  • 1 bungkus agar-agar (tak ingat pakai brand apa tapi yang bungkus kecik panjang tu)
  • 700 ml air
  • Gula secukup rasa
  • 1 tin buah peach (asingkan air dan buahnya, then buah tu potong dadu)
  • 1 sudu besar esen vanila
  • 1/2 sudu kecil esen rose
  • 1 tin susu cair
  • 2 sudu besar tepung kastad (bancuh dengan sedikit air)
Cara cara :
  1. Masak agar-agar, gula dan air hingga larut.
  2. Kemudian masukkan air dari buah peach, esen vanila, esen rose, tepung kastad yg telah dibancuh dan susu cair.
  3. Susun buah peach dalam bekas/loyang
  4. Masukkan agar-agar yang dimasak tadi ke dalam bekas/loyang
  5. Sejukkan

Ikan Sembilang Goreng Sambal Berserai..

Menu ni saya masak ikut permintaan suami saya yang mahukan masakan yang sama seperti ibu saya masak. Berpeluh jugak nak buat sbb nak yang sama dan hasilnya memang saya gagal untuk masak seperti yang ibu saya masak. Walaupon suami saya kata hampir sama tapi air tangan ibu saya mmg yg terhebat. Ikan nie hasil dari tangkapan suami saya turun sungai area Bagan Datuk hari tu, sedap la ikan sungai fresh nie.. manis menjilat jari. Jangan terkejut ye semua bila tengok hasil masakan nie, memang cili dan serai tu ditumbuk kasar. Hihihi.. takot org kata pemalasnya le yang masak nie, tumbuk kemain kasar yer. Malas nak tumbuk ke apa. Nak buat sambal nie memang tak boleh pakai blender, nanti rasa larik.. Hehehehe...

Resepi Ikan Sembilang Goreng Sambal Berserai

Bahan bahan :
  • 1/2 kg ikan sembilang
  • Segenggam cili kering-ditumbuk (gunting kecil2 dan buang bijinya kemudian rebus atau rendam dalam air panas untuk memudahkan proses menumbuk)
  • 4 batang serai- ditumbuk (hiris halus untuk memudahkan proses menumbuk)
  • 1 cm halia-ditumbuk
  • 5 ulas bawang merah-ditumbuk
  • 2 ulas bawang putih-ditumbuk
  • 2 cm belacan-ditumbuk
  • Asam jawa secukup rasa
  • Gula dan garam secukup rasa
  • Minyak untuk menggoreng dan menumis
Cara cara :
  1. Goreng ikan sembilang hingga garing
  2. Tumis bahan yang ditumbuk hingga garing
  3. Masukkan gula, garam dan air asam jawa secukup rasa
  4. Masukkan ikan yang telah digoreng tadi, gaul rata dan tutup api.

Isnin, 18 April 2011

Ayam Goreng Kunyit..



Nyum..nyum... antara resepi feberet saya. Oleh kerana amat menggemari nasi ayam/sotong goreng kunyit di Food Court BSKL berhampiran tempat kerja saya memaksa saya mencari dan mencuba resepi nie. Walaupon tak sama tapi rasa yang saya buat nie tak menghampakan. Kena plak makan dengan nasi panas, fuhhhh... boleh bertambah2 nasi dibuatnya. Mari kita tengok resepinya yaaa...



Resepi Ayam Goreng Kunyit

Bahan bahan :
  • 400 gram dada ayam - potong dadu tapi agak besar sikit.
  • 3 tangkai kacang panjang - patah2kan
  • 1/2 biji carrot - potong panjang2 mcm batang mancis
  • 1 biji bawang besar jenis holland - potong panjang bukan bulat tau.
  • 2 ulas bawang putih (ketuk dan hiris halus)
  • 1 biji cili besar
  • 4 biji cili padi (ikut suka, tanak letak pon takpe)
  • 1 sudu teh kunyit
  • 1/2 sudu teh jintan manis
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar sos ikan
  • 1/2 sudu teh cuka makan
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Sedikit minyak untuk menggoreng

Cara cara :
  1. Gaul ayam, garam, kunyit, jintan manis, sos tiram, gula dan cuka. Perap selama 15 minit.
  2. Panaskan minyak dan goreng ayam yg telah diperap tadi hingga kekuningan dan angkat.
  3. Panaskan sedikit minyak, masukkan bawang merah dan bawang putih dan goreng hingga harum.
  4. Kemudian masukkan kacang panjang, carrot dan ayam yang telah di goreng tadi.
  5. Last sekali masukkan sos ikan dan cili besar then tutup api. Siap...

Ahad, 17 April 2011

Hobi..

AsSalam semua...

Huhuuuuu... lamanya tak update blog. Saya tak sepatutnya tinggalkan blog begini lama. Takkan nak bersawang lagi. Orang lain yang begitu busy pon masih sempat update blog tapi saya??? Huahuahua... Ehhh... dah la lama tak update, tetiba tajuk 'hobi' plak, bukan nak cite pasal resepi.. masakan ke?? Okkey, sesekali saya nak juga berceloteh hal yang takde kena mengena dengan masakan. Tapi memasak juga adalah satu hobi buat saya. Bagi saya memasak boleh menghilangkan stress saya tapi dengan syarat saya memasak di dapur saya sendiri tanpa gangguan orang lain. Ooohhh...saya enjoy sekali even dapur rumah saya agak kecil dan sederhana je kelengkapannya tapi rumahku syurgaku kan.. hehehhehe..


Antara peralatan memancing En. Hasben saya...

Siapa yang mempunyai suami yang suka memancing?? Mari kita share pengalaman sebagai isteri kepada pemancing. Kenapa saya nak tulis pasal nie malam nie? Sebenarnya suami saya mmg gila memancing dan mari saya kongsikan dialog saya dan suami saya sebentar tadi lebih kurang pukul 10.00 mlm...

Suami : Mama, tengok AF nie boring la... boleh papa pegi mancing tak????
Saya   : Seronoknya jadi papa nie, boring je pegi mancing... habis tu mama yg boring nie nak buat apa??
Suami : Alaaa... bukan selalu pon..
Saya   : Memang bukan selalu sayang, tapi kerap juga papa memancing, mcm membazir je mama rasa.

Saya diam beberapa minit konon tanda protes dan tak suka la. Bukan apa, suami saya tengah sambung study so setiap ahad dia kena menghadiri kelas. So, kalau memancing malam2 kan esok boleh buat dia mengantuk. Tapi lepas 10 minit hati saya menjadi lembut. Terus saya izinkan dia pergi memancing. Bukan apa, saya terfikir mungkin dia penat berkerja, stress belajar...apa salahnya dia memancing kan. Tapi kadang-kadang memang saya marah, memang saya rasa hobinya membuang masa, membazir wang tapi bebelan saya tidak menjadi kudis buat suami malah dia terus dengan hobinya.


Udang galah yang pernah dipancing oleh En. Hasben..

Ikan siakap yang pernah dibawa pulang...

Buat mereka yang mempunyai suami yang suka memancing, bersabarlah. Bagi saya kalau suami masih ingat tanggungjawab buat keluarga apa salahnya kan. Mula-mula saya memang tak suka suami memancing tapi dah itu menjadi hobinya, lama-lama saya boleh terima malah sikit-sikit saya mula belajar untuk 'suka' pada hobinya itu. Kadang-kadang saya ikut juga dia memancing, tapi kat kolam-kolam pancing udang berbayar disekitar KL nie je. RM15 untuk 1 jam menacing udang harimau, saya rasa cukup mahal. Sekali pergi bukan sejam dua memancing.. lebih dari tu. Pastu belum tentu dapat apa yang kita pancing tu... huhuhu... mana saya tak kata membazir masa dan wang. Sekali pergi habis RM60 misalnya, bagi saya dengan duit tu saya boleh beli macam-macam kat market... setuju tak??? Tapi bagi si hobi memancing nie, dia takkan rasa membazir sebab itu satu kepuasan buatnya dan kalau suami saya pulak dia kata udang harimau kat market pon sekilo RM50 jugak.. dia kalau balik memancing bawak udang harimau lebih dari sekilo dia kata. Huhuuuuuu.... ade je alasan kan. Jadi sekarang saya dah malas pertikaikan hobi dia nie. Saya cuba terima yang suami saya nie memang suuuuuuuuukaaaaaaaaaaa memancing. Biarkan laaaaaaa......


Salah satu tempat kegemaran En. Hasben saya memancing..

Mimie pon ikut memancing udang harimau @ Pudu Ulu
Salah satu feveret/port mancing best yg En. Hasben suka @ Hulu Langat

        Errrkkk... memana pon boleh layan mancing...


Nie antara resepi yang pernah saya cuba hasil tangkapan En. Hasben...

Isnin, 28 Mac 2011

Sambal Goreng

Ada org panggil nie sambal goreng jawa tapi sambal goreng jawa nie ada bermacam2 versi. Jadinya saya panggil nie sambal goreng je la. Hehehehe.. Saya buat nie sikit je, saje buat stok kot tetiba lapar, takde lauk kat dapur ke ataupon kot takde selera nak makan dgn lauk yg sedia ada so sambal goreng nie boleh jadi penyelamat. Lagipon sambal goreng nie boleh disimpan lama dan kalau nak makan mcm tu je pon boleh. Masak nie simple je.. percaya la, saya nie masak yg simple2 je sbb saya nie ibu yg berkerja, masa mmg agak terhad. Asalkan suami saya puashati itu cukup buat saya.. setakat nie Alhamdulillah suami saya bukan la seorang yang cerewet bab makan nie... Ok la, nie resepi sambal goreng yer..


Resepi Sambal Goreng

Bahan Bahan :
  • 1 peket tempe/5 keping tempe (klu dibungkus dlm daun tu)-digoreng
  • 300 gram kacang tanah-digoreng
  • 100 gram ikan bilis-digoreng
  • 5 ulas bawang merah dan 2 ulas bawang putih-dihiris dan goreng hingga rangup
  • 4 ulas bawang merah-kisar
  • 2 ulas bawang putih-kisar
  • 50 gram cili kering-kisar
  • 2 cm belacan-kisar
  • Asam jawa
  • Garam
  • Gula
  • Minyak untuk menumis
Cara cara :
  1. Tumis bahan kisar hingga kering dan naik minyak.
  2. Masukkan garam, gula dan air asam jawa secukup rasa.
  3. Bila rasa semua dah ok, masukkan tempe, kacang tanah, bawang dan ikan bilis yg telah digoreng terlebih dahulu.
  4. Kacau sampai likat, sebati dan kering.

Ahad, 27 Mac 2011

Apam Gula Melaka

Gambar agak kurang clear sbb saya sempat snap pakai kamera hp je masa nie..


Nak tau, nie la antara kuih feberet saya. Masa mula saya tak tau buat kuih nie, saya ingat susah la sgt nak buat. Tapi bila saya dah tau cara nak buat, simple je rupanya. Kuih nie sesuai la sgt untuk breakfast ataupon minum petang. Kalau pegi gerai pon, kuih nie la antara yg saya tinjau dulu dan kalau ade harus beli la. Hehehehe.. Ok, bila suka nie rugi rasanya kalau kita tak simpan resepi nie kan. Bukan ape, kita nie cepat sgt pelupanya. Nanti bila nak buat apa2 baru la sibuk nak google resepi ke apa, kan payah namanya tu. Ok, takmo type panjang2 dah, nie la resepi kuih nie..

Resepi Apam Gula Melaka

Bahan Bahan :
  • 1 cawan air
  • 1/2 cawan gula melaka yg telah diracik halus
  • Sehelai daun pandan
  • 2 cawan tepung gandum 
  • 1 sudu kecil yis kering (saya guna brand Mauripan)
  • 3/4 cawan air
  • 3 sudu besar gula pasir
  • secubit garam
Cara cara :
  1. Masak 1 cawan air, gula melaka dan daun pandan hingga gula larut dan dibiarkan sejuk.
  2. Campurkan semua bahan dan air gula yg telah sejuk dan gaul rata. (saya blend je semua, kes malas punya orang..hehehehehe) 
  3. Seeloknya campuran tadi di masukkan didalam bekas besar. Tutup dan bibiarkan selama 40 minit atau sehingga adunan naik hingga 3 kali ganda.
  4. Tuangkan adunan kedalam loyang yg telah dilengserkan minyak. Biar sekejap dlm 5 minit.
  5. Kukus adunan selama 30-35 min atau bila dicucukkan lidi, lidi keluar bersih.
  6. Sedap dimakan dgn kelapa parut yg digaul dgn sedikit garam.


Sotong Goreng Rempah


Hari tu masa pegi Langkawi, makan la sotong goreng kat satu kedai mamak kat area Pekan Kuah. Kemain sedap sotong goreng tu, rasa nak datang lagi tp apakan daya jauh tempatnya. Hehehehehe... Balik dari Langkawi En.Hasben suruh saya buatkan sotong goreng nie, tp of course tak sama la dgn yg saya makan kat kedai dulu. Saya cuba la masak dan En. Hasben kata sedap juga la resepi saya nie. Boleh la kan.. Saya nie suka memasak sebenarnya tapi hanya untuk suami dan anak je. Kalau tetamu datang ramai2 kadang masakan saya ade je yg tak menjadi. Huwaaaaa... Bagi saya dgn masakan lah saya dapat mengeratkan lagi hubungan saya, suami dan anak. Memang enjoy la masak untuk diorg dan mereka pon ketegori yg suka makan. Heheheheh...Tapi oleh kerana saya nie ibu yg berkerja, jadi kesempatan memasak tu agak terhad. Selalunya hujung minggu la saya berkesempatan masak masakan kegemaran mereka. Ok la, membebel plak.. mari kita tgk resepi yer...

Resepi Udang Goreng Berempah

Bahan bahan :
  • ½ kg Sotong - cuci dan dipotong-potong
  • 3 ulas Bawang Merah-ditumbuk
  • 3 ulas Bawang putih-ditumbuk
  • 3 cm Halia-ditumbuk
  • 1 batang serai-ditumbuk
  • 2 tangkai Daun Kari
  • 1 sudu Rempah kari daging
  • 1 sudu teh Garam
  • 1 sudu teh Serbuk kunyit
  • 1 sudu teh cili boh/serbuk cili
  • 2 sudu tepung jagung/tepung beras
  • 1 sudu Tepung Naik Sendiri
  • 1 sudu teh Garam
  • Minyak untuk menggoreng
Cara cara :
  1. Perap bahan yg ditumbuk bersama sotong dan bahan2 lain selama lebih kurang 30 minit.
  2. Goreng dengan minyak yang banyak hingga kekuningan. (make sure tutup kuali semasa menggoreng sebab meletup2 minyaknya)  

Ikan Patin Masak Tempoyak



Hari tu ikut hasben ke Temerloh yang ada sedikit urusan disana. Sempat la merasa ikan patin tempoyak Temerloh yang femes tu. Memang tak dinafikan la kesedapannya, menjilat jari la orang kata. Kami berkesempatan melawat ke tempat ikan patin dalam sangkar dlm Sungai Semantan/Pahang kepunyaan seorang sahabat En. Hasben. Walaupon tidak lah sesedap ikan patin liar tapi oleh kerana dibela dlm sungai so rasanya takde la lari sgt org kata. Alhamdulillah masa kami nak balik, sahabat En. Hasben nie sempat la bekalkan sedikit ikan patin yang dia bela... Terima kasih En. Abu... fresh dan sedapppp ikan patin nie.
Ikan patin fresh yg baru ditangkap...

Bahan bahan :

  • 2 ekor ikan patin sederhana besar-potong dua (basuh dgn limau nipis/asam jawa kemudian basuh hingga bersih)
  • 10 biji cili api- ditumbuk (sape tak suka pedas boleh kurangkan)
  • 2 cm kunyit hidup-ditumbuk
  • 2 cm halia-tumbuk
  • 4 ulas bawang merah-ditumbuk
  • 1 ulas bawang putih-ditumbuk
  • 2 batang serai-dititik
  • 3 sudu besar tempoyak
  • 2 keping asam keping
  • Secekak daun kesum (agak2 la byk mana nak letak..hehehehhe)
  • garam secukup rasa
  • gula (terpulang, ade org tak suka tak payah letak yer)
  • 4 cawan air

Cara cara :

  1. Masukkan ikan, bahan ditumbuk, serai, tempoyak, asam keping dan air dlm periuk.
  2. Biarkan mendidih, kemudian masukkan garam, gula secukup rasa.
  3. Last sekali masukkan daun kesom.. didihkan sebentar dan tutup api.

Pancake atau Lempeng..

Pancake with syrup & butter...

Morning semua... breakfast apa pagi nie??? Kami sekeluarga breakfast dgn pancake atau org melayu kita panggil lempeng la. Actually last week kami breakfast di Mc'donald, kami ambik big breakfast set yg ada hotcake ni. Oleh kerana mcm sedap sgt so saya pon cari la resepi pancake nie dan syrup sekali. Godek punya godek jumpa la.. tapi biasa la, mesti diubah2 resepi tu ikut kesesuaian tekak sendiri. Hmmmm... rasanya lebih kurang la dengan hotcake Mcd tapi masih tak sama. Harus cari secret receipe dari Mcd nie. hehehhehe...


Ini yg comel sket anak saya punya, dia makan dgn strawberri topping, honey & butter.


Resepi Pancake aka Lempeng

Bahan bahan :
  • 4 sudu besar butter-cairkan
  • 1 biji telur
  • 2 cawan tepung naik sendiri (saya guna tepung gandum je)
  • 2 sudu teh baking powder
  • 2 sudu besar gula
  • 2 cawan susu segar
  • 2 sudu teh esen vanila
  • Secubit garam

Cara cara :

Satukan semua bahan, blend hingga sebati. Biarkan 10 minit sebelum dimasak...

Satu adunan cukup untuk kami sekeluarga.. yg besar utk mama & papa, yg kecik utk Mimie

Syrup Pancake
  • 3/4 cawan brown sugar
  • 1/4 cawan gula
  • 3/4 cawan air
  • 1 sudu besar esen vanila
  • 1 sudu besar butter
  • secubit garam

Cara cara :

Satukan semua bahan dalam kuali, kacau sampai likat. Jgn likat sangat sampai jadi mcm gula hangus tu. Agak2 likat je terus tutup api.

Potato Salad

Last friday, ofis buat potluck. Biasa jugak ofis buat potluck nie tapi kali agak luar biasa sebab nak healthy potluck. Dok puas la pikir ape la nak buat yer... kalau nak buat sandwich, ramai sgt pulak yg bawak dah. Hmmmm... puas dok pikir2 akhirnya saya bawak la potato salad nie. Kira menu healthy jugak la yer. Hehehehhe... aci tak, healthy tp menu penuh dgn mayonis nie. Belasah je laaa... hahhhaha..

Resepi Potato Salad

  • 2 kg kentang (buang kulit, potong dadu besar2 & rebus tp jgn terlalu empuk,toskan dan biarkan sejuk)
  • 2 biji telur (rebus)
  • 3/4 cawan mayonis 
  • 1 tin kecil jagung manis dlm tin (toskan airnya)
  • 1 biji capsicum merah (hiris nipis)
  • Daun bawang/parsley (hiris nipis) -saya guna daun bawang je
  • Lada hitam (ikut suka byk mana)
  • Garam (Secukup rasa)
  • 1 sudu besar jus lemon
  • Kalau nak tambah sayur2an lain pon boleh gak.
Dalam mangkuk besar, lenyek telur rebus hingga hancur, masukkan mayonis, lada hitam, garam, jus lemon dan kacau sebati. Kemudian masukkan jagung, capsicum dan daun bawang. Last sekali masukkan kentang yg dah disejukkan, gaul perlahan2 hingga rata supaya kentang tak hancur. Simpan dlm peti sejuk selama 30 minit sebelum dimakan.

Daging Goreng


Ermmmm... suka menu nie, malah menjadi menu feberet Incik Hasben saya. Bila saya masak daging goreng nie mesti dia puji. Hehehehehe... Selain sedap, nak buat pon senang je. Actually saya bukan tau sangat masak daging nie tp yg nie simple & senang. Asalnya saya mmg suka makan kat hawker centre kat ofis saya. Kedai nie ala2 kelantan la hidangan yg dijual. Dah suka sangat saya cari la resepi kat internet nie dan ubah suai sikit ikut selera saya. Ok nie la resepinya yaaa...

Resepi Daging Goreng

Bahan bahan :
  • 500 gm daging (kalau dapat bhgn batang pinang lagi bagus) - dihiris nipis
  • 2 ulas bawang putih - ditumbuk
  • 4 ulas bawang merah - ditumbuk
  • 2 cm kunyit hidup - ditumbuk
  • 2 cm halia - ditumbuk
  • 2 sudu kecil serbuk jintan manis
  • beberapa urat kacang hijau - hiris serong
  • Carrot (potong bulat boleh, panjang2 mcm batang mancis pon boleh)
  • kubis bunga (saya tak letak sbb takde)
  • 1 tangkai cili merah - hiris serong
  • 1 labu bawang besar - hiris bulat
  • 1 sudu besar kicap cair
  • garam dan gula secukup rasa
  • air secukupnya untuk merebus daging hingga empuk (saya letak air byk juga supaya daging empuk)
  • 3 sudu besar minyak masak

Cara cara :

  1. Basuh bersih daging dan toskan. Gaulkan bahan yang ditumbuk dan serbuk jintan putih dengan daging dan perap lebih kurang 30 minit.
  2. Masukkan daging yang diperap ke dalam kuali dan tuangkan air.
  3. Rebus/Masak dulu daging dengan bahan perap hingga daging empuk.
  4. Masukkan garam dan gula ke dalam kuali dan biarkan masak hingga air dlm kuali kering.
  5. Masukkan minyak dan biarkan daging agak garing.
  6. Masukkan bawang besar, carrot, kacang panjang, kobis bunga dan cili merah. Kacau kesemuanya biar bergaul rata dan bawang dan cili layu.
  7. Masukkan kicap, gaul rata & tutup api.

Isnin, 21 Mac 2011

Musim Durian ke???


Musim durian kembali ke? Tengok sana sini banyak orang jual durian. Geram je tgk...lalu tepi je bau harum semerbak. Mana tahan weiii... hehehhehe... Untuk org yang takde kebun, takde dusun macam saya nie terpaksa la beli je. Hehehehe... pernah berimpian nak beli dusun buah-buahan suatu hari nanti. Sonoknya, kalau dapat lepak kat dusun sendiri kan. Saya membesar di kampung yg dipenuhi pokok kelapa, koko dan sekarang kelapa sawit lak. Ala-ala duduk dlm estet pon ada... heheheheh.. Ape pon bersyukur ada kampung yg damai...Alhamdulillah. Berbalik pada cerita durian tadi, gambar diatas nie la feveret En. Hasben saya makan durian. Kalau saya lebih suka makan gitu jekk atau buat kuah then makan ngan roti jala ke, roti gardenia ke... fuhhh.. sedap. Mcm gambar kat atas nie tak payah resepi la ekk sbb sempoi sgt. Masak pulut then masak santan yg dicampur ngan secubit garam. Itu je...

Ahad, 20 Mac 2011

Acar Sempoi...

Lastly, sebagai pelengkap nasi minyak & udang goreng berempah tadi, saya buat acar mentah sempoi nie. Jadi la sbb acar nie saya yang banyak makan pon. Anak & En. Hasben kurang menggemari sayur2an nie. Muhahahahah... Susah nak didik mereka agar menggemari sayur sayuran & ulam. Cemana yer? Bagi tips sikit... Ok la, nie la resepi cara saya..


Resepi Acar sempoi

Bahan bahan :
  • 1 batang carrot-dipotong panjang mcm batang mancis
  • 2 batang timun dipotong panjang mcm batang mancis tp kasar
  • 1/2 biji nenas dibuang kulit dipotong agak kecil (ari tu buat takde nenas, bantai letak tomato je)
  • 1 biji bawang besar dipotong bulat
  • 1 biji cili merah
  • 4 s/b cuka makan dan garam gula secukup rasa

Cara cara :

Campur semua carrot, timun & tomato dalam satu bekas. Kemudian masukkan cuka dan tambah garam dan gula secukup rasa pastu letak hirisan bawang dan hirisan cili merah, gaul rata. Simpan kejap dalam peti sejuk 1/2 jam sebelum dimakan...

Udang Goreng Berempah..

Untuk melengkapkan resepi nasi minyak saya, En. Hasben membuat permintaan resepi ini, udang goreng berempah untuk dimakan bersama nasi minyak tadi. Boring nak makan dengan ayam je katanya, lagipon hobi En. Hasben saya nie memancing. So stok udang memang banyak kat rumah saya hasil dari dia memancing kat kolam udang huhuuuuu.... Ok la, lupakan hobi memancing kolam yang agak membazir tu bunyinya buat saya, nie saya sertakan resepi udang goreng berempah...sedap..

Resepi Udang Goreng berempah

Bahan-bahan :
  • Udang harimau (500g) 
  • Bawang merah (4 ulas)
  • Bawang putih (2 ulas)
  • Bawang besar dicincang (1 biji)
  • Serai dipotong nipis (1/2 batang)
  • Daun kari (1 tangkai)
  • Ketumbar (1 sudu)
  • Serbuk cili (1 sudu)
  • Serbuk jintan manis (1/2 sudu)
  • Serbuk kunyit (1/2 sudu)
  • Serbuk jintan putih (1/2 sudu)
  • Gula (sikit je kalau perlu)
  • Garam (secukup rasa)


Cara memasak :



  1. Tumbuk serai hingga hancur diikuti dengan bawang putih. Setelah lumat, tumbuk bawang merah. Masukkan garam supaya mudah ditumbuk.
  2. Gaulkan udang dengan bahan ditumbuk, semua rempah, gula. Perap 1/2 jam.
  3. Goreng daun kari hingga naik bau.
  4. Masukkan bawang besar dan biar hingga layu.
  5. Masukkan udang, goreng hingga masak dan hidang.

Nasi Minyak

Huhuuuu... 1st resepi saya dalam blog nie, nasi minyak. Sbenarnya nasi minyak bukanlah saya minat sgt. Kalau pegi kenduri, saya rela ambil nasi putih dari nasi minyak nie. Tak tau la kenapa saya kurang menggemarinya. Tapi bukan la saya tak makan langsung. Saya masih boleh menjamahnya cuma bila En. Hasben suruh saya buat saya agak terpinga2 sebab saya tak tau macamana nak buat yg sedap. Bila kita tak berapa suka sesuatu, untuk membuatnya pasti kita takut tak sedap di tekak orang lain kan. Tapi kalau dah menjadi permintaan En. Hasben tercinta, saya buat juga la. Saya survey semua resepi kat internet dan Alhamdulillan En. Hasben cakap nasi minyak saya menjadi. Saya tak pasti resepi mana yg saya ambil tp ini la dia resepinya...

Resepi Nasi Minyak

Bahan bahan :

  • 5 pot kecil beras Basmathi (dibasuh & disejat). (Pot nie saya guna pot kecil beras yg plastik tu)
  • 1 sudu besar minyak sapi + 2 sudu besar butter
  • 2 helai daun pandan (disimpul)
  • Air saya agak2 je, macam masak nasi tu la kan..
  • 1 cawan susu cair
  •  1 1/2 kiub stok ayam maggi
  • garam secukupnya
  • Gajus. (agak2 la berapa byk nak letak. klu suka boleh letak byk sikit..)
  • Sayur campur segera carrot + kacang peas hijau + jagung. (saya beli mixed vege tu je)
  • 50 gm bawang goreng } bahan hiasan (saya buat sendiri bawang goreng utk lebih sedap)
  • sebiji tomato Potong dadu tapi besar2.
  • sedikit daun ketumbar
  • 1/2 kecil serbuk kunyit (untuk warnakan nasi minyak tu je )

Bahan Penumis:
  • 5 cm kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga cengkih
  • 2 buah pelaga
Bahan dikisar:
  • 8 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 2.5 cm halia
Cara cara:
  1. Panaskan minyak sapi + butter tu, masukkan bahan penumis dan bahan kisar. Kacau hingga naik bau wangi.
  2. Bubuh pula daun pandan, air, garam, susu, stok dan serbuk kunyit
  3. Last sekali masukkan nasi. Kacau sebentar dan pindahkan semua ke rice cooker.
  4. Bila nasi dah kering dan rice cooker naik ke warm. Masukkan tomato, gajus, daun ketumbar, mixed vege dan bawang goreng. Kacau sekali dah biarkan masak...

Sabtu, 19 Mac 2011

Bersawang...

Macam tak sesuai tajuk dgn gambar kan... hehehhehe... Actually, tajuk tu membawa maksud blog nie yang dah bersawang sbb lama ditinggalkan. Kesuntukan masa saya hingga terpaksa melupakan buat sementara dunia blog saya. InshaAllah saya akan cuba mencuri sedikit masa dari kesibukan saya untuk memasukkan entry di blog saya ini. Ohh yer.. mengenai gambar diatas. Pemandangan cantik nie saya ambil dari kampung saya, ditepi Sungai Perak. Cantikkan ciptaan Allah SWT... Rasa rindu tiba2 pada kampung, ibu bapa tercinta... Ohh kalau la saya dapat terbang kesana disaat ini alangkah indahnya. Kalau dulu sebulan sekali pasti saya akan menjejakkan kaki ke kampung melawat kedua ibu bapa saya. Untuk beberapa tahun nie kemungkinan saya tak dapat berbuat demikian oleh kerana suami kesayangan saya sedang melanjutkan pelajaran dan wajib menghadiri kelas setiap hujung minggu. Takpe la, berkorban untuk sementara waktu, bukan lama mana pon. Alhamdulillah kedua orang tua saya pon amat memahami kesukaran saya buat sementara waktu ini untuk melawat mereka. Hujung minggu saya selalu saya habiskan bersama anak kesayangan saya Mimie dan mencuba resepi baru. Hehehehhe... seronok rasanya bila melihat suami dan anak makan penuh selera.. Sebenarnya saya nie bukan lah seorang yang mahir memasak tapi setelah berkahwin dan mempunyai seorang anak, saya belajar memasak dan kalau boleh nak anak saya makan makanan yg berkhasiat, bersih dari air tangan ibunya sendiri. Dari itu saya cuba untuk memasak dan terus akan belajar memasak.. saya enjoy sebenarnya memasak di dapur rumah sendiri dan memasak untuk suami dan anak saya.

Buat permulaan nie mungkin saya akan masukkan resepi masakan saya. Sebenarnya itu la antara tujuan saya membuat blog nie. Bukan apa, saya mahu blog nie menjadi rujukan saya memasak dan menyimpan resepi2 saya. Sayang rasanya kalau kita lupa dan tak simpan resepi best yg kita masak kan.. Oh ye, gambar di atas nie adalah koleksi Vantage saya yg tidak seberapa. Saya beli nie dari Langkawi.. Lama mengidamkannya.. Hehehe... Ok la, sampai disini dulu untuk kali nie.. Jumpa lagi dilain entry.